20 May 2022

DEMI PENDIDIKAN ANAK - SAKINAH SANGGUP JALANI KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA JARAK JAUH DENGAN SUAMI



"Saya terpaksa berkorban memandangkan kerja saya sebagai pelakon lebih fleksibel berbanding Michael. Dia lebih terikat dengan komitmen kerja di sana. Mungkin dalam setahun kami berjumpa empat kali, namun tempoh masa lama seperti dua atau tiga bulan.


"Sekiranya ada kesempatan nanti mungkin kami akan uruskan untuk tinggal bersama. Namun, buat masa ini pendidikan anak-anak menjadi keutamaan. Itu lebih penting buat masa ini," jelas pelakon Sharifah Sakinah, 32, yang sanggup menjalani kehidupan berumahtangga jarak jauh dengan suaminya, Michael Hansen yang bekerja di Sweden demi mementingkan pendidikan anaknya.

Sakinah yang mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Hansen, Februari lalu itu berkata, sebagai pelakon yang boleh mengatur jadual kerja secara fleksibel, dia mengambil pendekatan untuk 'berkorban' melawat suaminya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi.

Untuk makluman, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: