20 May 2022

"KERJAYA SAYA PERLUKAN SAYA NAMPAK BAGUS & ELOK" - AMELINA BUAT MUKA ATAS DASAR TUNTUTAN KERJA



Sebelum ini, penyanyi dangdut Amelina Amir pernah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dia sedang melakukan proses rawatan tanam benang atau 'threadlift' di Instagram miliknya.


Ujar Amelina, dia melakukan rawatan tersebut atas dasar tuntutan kerja sebagai seorang penyanyi yang perlu kelihatan menarik. Namun, katanya, perkongsian itu tidak bermakna dia menggalakkan wanita lain mengikut apa yang dilakukannya.

"Kak Long tak galakkan kepada mereka yang tak ada keperluan untuk buat. Macam saya, kerjaya saya memerlukan saya untuk nampak bagus dan elok. Saya sebagai selebriti kena berdepan dengan ramai orang.

"Saya kena ada confident diri untuk diri dan kerjaya saya. Tapi itu muka kalau tenaga dalaman kita tak boleh nak cucuk," kata penyanyi lagu 'Asyik' ini.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: