20 May 2022

BERKAT HARI JUMAAT - ANAK KEDUA ANZALNA NASIR SELAMAT DILAHIRKAN



"Alhamdulillah berkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini. Hari ini sepatutnya kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way," tulis suami pelakon Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur hari ini.


Hanif yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram itu berkata, sepatutnya hari ini Anzalna menjalani pemeriksaan terakhir.

Sebelum ini, menerusi Insta Story, Anzalna memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang dilakukan serta memohon doa urusan bersalin dipermudahkan.

Untuk makluman, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Momahad Eidress kini berusia 2 tahun.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: