Nampaknya pelakon Nora Dansh tidak lekang dengan kecaman apabila setiap kali berkongsi sesuatu di laman sosial miliknya, pastinya akan menerima kritikan atau teguran.
Terkini, Nora ada memuat naik video dirinya bersama seorang teman sedang menari. Namun, ramai yang kurang senang melihat penampilan Nora yang memakai dress berwarna hitam menampakkan sedikit bahagian dadanya yang didakwa netizen agak seksi.
Diruangan komen, ada netizen meminta Nora supaya menutup bahagian dadanya itu. Tidak kurang juga ada yang mengecam Nora tidak sedar diri menari terkinja-kinja sedangkan sudah berusia 40 tahun.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, ada mata netizen tertumpu pada dagu isteri kepada Nedim Nazri itu yang mendakwa dia membuat muka disebabkan dagunya kelihatan runcing.
Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar Nora diberikan hidayah untuk berpakaian mengikut syariat.
________________________

No comments:
Post a Comment