20 May 2022

ELLY MAZLEIN TAMPIL BERSUARA ISU KENYATAAN KAK KM BERKENAAN TUTUP WAJAH ANAK



"Buat pilihan sendiri ❤️.. Pilihlah Bahagia.. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari Dunia Glamour.. Biarlah anak² kak lina dgn cara mereka.. Jgn pelik sgt.. benda xde apa pun nak dipelik atau Hairan 🤣🤣🤣🤣.. Adoiiiii byk lg benda lain nak buat content.. Jgn sentuh hal "anak² & Manusia Ada Hak Utk Buat pilihan..


"Sila tag Kak KM apa ntah nama dia.. Terima kasih," demikianlah tulis penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein menerusi laman Instagram miliknya dimana dia tampil bersuara berhubung kenyataan usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM baru-baru ini yang meluahkan rasa rimas dengan tindakan artis yang tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu berkata ianya adalah pilihan masing-masing untuk menutup wajah anak dan dia berbuat demikian kerana tidak mahu kedua anaknya terpalit dengan populariti.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, berkata masing-masing mempunyai hak untuk membuat pilihan serta cara masing-masing dalam membesarkan anak-anak.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Kak KM yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu menegur segelintir artis yang gemar menutup wajah anak dengan sticker di media sosial. Menurutnya, perkara berkaitan takut disantau atau dikenakan ilmu sihir tidak seharusnya dibimbangkan jika individu tersebut tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

Kata Kak KM lagi, berkongsikan wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur. Tambahnya lagi, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsikan wajah anak kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka yangg baru lahir itu.

Untuk makluman, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang kini berusia tujuh bulan. Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: