20 May 2022

"TERINGIN SANGAT MAHU BERSAMA BABAH, ADIK-BERADIK & IBU TIRI..." - OSAMA, ZAKI BERHASRAT BERAYA BERSAMA BAPA, KELUARGA BESAR



"Jujurnya, saya sebenarnya teringin sangat mahu dengan bersama babah, adik-beradik dan ibu tiri, tahun ini. Namun, nampaknya ia sukar dipenuhi. Setakat ini, kami belum pernah beraya bersama babah dan berkumpul satu keluarga. Kebiasaannya, kami meraikan Syawal secara berasingan.


"Hubungan ibu dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati Khiruddin juga tiada sebarang masalah. Cuma, kami belum berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama-sama," itulah anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu penyanyi Osama Yamani yang meluahkan hasrat ingin melihat keluarga besar mereka bersatu pada Syawal namun impiannya itu belum kesampaian lagi.

Dalam pada itu, Osama turut menjelaskan hubungan ibunya dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati juga baik-baik sahaja. Bagaimanapun, Osama dan adiknya iaitu Zaki Yamani memahami tuntutan tugas bapanya yang menjadi penghalang mereka untuk menyambut raya bersama bapanya yang sibuk memenuhi undangan persembahan ketika Syawal.

Sementara itu, Zaki pula menafikan ibunya, Fatimatuzahra Samad menghalangnya berjumpa dan meraikan Syawal bersama bapanya: "Saya tiada masalah berjumpa babah, ibu tidak pernah menghalang. Ibu pernah menghantar saya ke rumah babah untuk beraya.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya, babah boleh bertemu saya bila-bila masa. Ada ketikanya, babah janji nak jumpa, tetapi tiada. Saya hantar pesanan menerusi WhatsApp pun tidak berbalas. Jadi, saya tidak selesa apabila ibu dituduh menghalang saya bertemu babah, sekali gus memburukkan nama ibu," ujarnya.

Zaki dalam masa sama turut berkata kali terakhir dia beraya bersama bapanya enam tahun lalu namun dia memahami bapanya sibuk dengan tuntutan kerja.

"Kali terakhir beraya bersama babah enam tahun lalu. Saya tahu babah terlalu sibuk pada Syawal. Saya tak pernah berkecil hati, malah, faham dengan kerja babah," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: