30 May 2022

FESYEN DI AME 2021: VIDA DISAMAKAN DENGAN WATAK DALAM DRAGON BALL - CHE TA PULA TAK KISAH DIKRITIK



Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu telah pun berlabuh tirainya malam tadi dengan menobatkan penyanyi Khai Bahar dinobat sebagai Top Top Meletop bagi kategori Lelaki, manakala Top Top MeleTOP bagi kategori Wanita pula dibolot penyanyi Shiha Zikir.


Pelbagai gaya penampilan para selebriti pada acara tersebut. Namun apa yang menarik perhatian adalah penampilan Datuk Seri Vida yang hadir bersama anak perempuannya, Cik B. Usahawan sensasi itu tampil dengan busana merah jambu rekaan pereka fesyen tempatan Razman Razmi.

Diruangan komen perkongsian foto busananya itu, ada netizen menyamakan fesyen Vida itu dengan watak dalam anime bersiri popular Dragon Ball iaitu Majin Buu.

Seperti sudah dijangka, ada yang mengecam Vida tidak sedar diri apatah lagi sudah tua tetapi mengenakan pakaian seperti itu. Malah, ada yang menyangkakan pada awalnya Aina Abdul, rupanya Datuk Seri Vida. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan fesyen Vida semakin hari semakin pelik serta beristighfar melihat penampilannya itu.

Klik untuk gambar besar



Selain Vida, penampilan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta turut menjadi perhatian ramai apabila menggayakan busana ala 'tudung saji' dan mengatakan pelakon itu seakan cuba mengikut fesyen penyanyi Aina Abdul. Bagaimanapun, Che Ta berkata dia cuba menggayakan busana yang sesuai mengikut tema.

"Pakaian saya yang 'unik' ini mengikut tema majlis anugerah pihak penganjur. Tak sangka juga, ia jadi perhatian ramai. Lagi pula, saya hadir pun kerana menjadi penyampai anugerah.

"Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu," katanya.



Dalam perkembangan lain, ditanya dirinya yang dilihat masih laris dan relevan dalam industri, Che Ta meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki dalam lakonan serta diberi karakter sesuai.

"Saya tidak melihat wujudnya persaingan kepada pelakon pada usia yang sama dengan saya sekarang untuk watak-watak sebagai wanita berkerjaya dan ibu. Bagi saya, karakter begini cukup sesuai dengan kami.

"Jadi, saya amat bersyukur dengan rezeki diperoleh ini dan alhamdulillah jadual kerja pun memang sibuk. Pada sambutan Syawal ini juga, rasanya saya baru berkesempatan menghadiri satu majlis rumah terbuka walaupun baju raya ada banyak lagi yang belum dipakai," ujarnya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: