30 May 2022

PERTANYAAN ROSYAM NOR KEPADA SHUIB BIKIN NETIZEN PANAS: "DAH 8 BULAN NI KAN, ADA PENGGANTI?"



Ramai barisan selebriti yang hadir ke Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) untuk memeriahkan lagi dan juga memenangi anugerah-anugerah yang ada.


Bagaimanapun, satu isu telah pun terbangkit dan ia melibatkan pertanyaan pelakon veteran Rosyam Nor kepada pelawak, Shuib Sepahtu.

Pelakon berkenaan telah bertanya kepada Shuib mengenai pengganti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah di khalayak umum. Netizen merasakan pertanyaan tersebut telah membuat pelawak itu berasa tidak selesa, namun masih berkelakuan professional.

Klik untuk gambar besar



Malah, netizen turut merasakan Rosyam tidak sepatutnya bertanya kepada Shuib soalan seperti itu kerana isu terbabit sangat sensitif biarpun di anggap sudah lama berlaku.

Dalam masa sama, ramai juga netizen melabelkan pelakon veteran itu tidak mempunyai 'common sense' dan tidak berfikir dahulu sebelum bertanya soalan sedemikian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: