30 May 2022

MUAT NAIK FOTO 'FREEHAIR' - NETIZEN DOAKAN AMEERA KHAN ISTIQAMAH



Melihat pada muat naik terbaru di laman Instagram, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan telah berkongsi foto dirinya yang dilihat kini sudah tidak lagi berhijab sehingga ia menarik perhatian ramai netizen.


Ameera yang difahamkan kini sedang berada di Dubai itu telah berkongsikan apa yang dilakukan di sana, pakaian apa yang dipakai serta makanan yang dimakan ketika tinggal di sana

Sudah pasti ramai netizen yang terkejut apabila melihat adik Neelofa itu berkongsi foto sedemikian. Dalam pada itu, ada netizen tampil menasihati Ameera agar kekal istiqamah apabila berhijab.

Untuk makluman, Ameera Khan sebelum ini sering dikecam oleh netizen kerana cara pemakaiannya yang sering kali menjadi perhatian, sama ada terlalu ketat atau didakwa tidak seperti wanita berhijab.

Klik untuk gambar besar















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: