30 May 2022

"DAPAT TAHU DUA POSITIF, SATU C0V1D & SATU LAGI HAMIL" - JIHAN MUSE SAHKAN MENGANDUNG 6 BULAN ANAK KEDUA



"Masa saya buat ujian saringan dapat tahu dua positif. Satu positif C0V1D dan satu lagi saya sudah hamil. Disebabkan itu saya dimasukkan ke hospital. Syukur saya tidak mengalami sebarang simptom yang teruk. Tetapi ketika berada di wad ibu mengandung saya melihat ramai yang lebih teruk.


"Berada di hospital selama 10 hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan," itulah jelas pengacara Jihan Muse yang akhirnya membuka mulut berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan, selepas berkali-kali diusik sedang berbadan dua.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 39, memberitahu dia mendapat tahu tentang kehamilan tersebut selepas melakukan ujian saringan C0V1D untuk bertugas sebagai pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan pada Januari lalu. Gara-gara dijangkiti C0V1D ketika itu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemantauan.

Klik untuk gambar besar



Tidak berkongsi tentang berita kehamilan tersebut kepada umum, kata Jihan dia mengikut nasihat keluarga supaya tidak bercakap hal tersebut di awal kehamilan. Tambahan pula dirinya ketika itu sedang dijangkiti C0V1D membuatkan Jihan tidak membuat sebarang pengumuman.

"Saya ikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal kerana belum pasti apa akan terjadi. Tambahan pula dijangkiti C0V1D lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi. Sebenarnya saya malu nak umumkan sedang hamil," ujarnya.

Meluahkan perasaan gembira dengan kehamilan kali kedua ini, Jihan memberitahu dia hanya mengalami alahan teruk pada tiga bulan awal. Dalam masa sama, Jihan akui dia mengetahui jantina bayi dalam kandungan itu, namun mahu menjadikan ia satu kejutan. Sementara itu, kemenangan dalam kategori Personaliti TV Meletop, Jihan anggap sebagai rezeki anak dan tanda sokongan peminat.


"Saya dan suami gembira serta bersyukur kerana kami memang mahukan anak lagi. Usia anak pertama juga sudah empat tahun. Jadi rasanya ini masa terbaik nak tambah anak.

"Tiga bulan pertama memang mabuk teruk. Disebabkan faktor usia juga saya sering rasa letih dalam tempoh hamil kali ini. Kemenangan di AME2021 saya anggap sebagai rezeki anak. Ini juga adalah tanda sokongan peminat yang banyak kali mahu saya menang," tuturnya.

Untuk makluman, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: