22 May 2022

"GETTING BETTER" - NAD ZAINAL KONGSI PERKEMBANGAN TERKINI ANAK DISERANG EKZEMA



"Inilah gambar before after Som after ke Klinik Jaya Tapah. Getting better #somdaneczema #eczemajourney," tulis pelakon Nad Zainal yang memaklumkan anak perempuannya, Budi Kalsom diserang masalah penyakit kulit, Ekzema.


Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram. Malah, pelakon drama bersiri 'Dendam Seorang Isteri' ini turut memuat naik foto sebelum dan selepas Kalsom mendapatkan rawatan.

Pelakon itu bagaimanapun bersyukur apabila memaklumkan Som kini kian beransur baik. Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Kalsom cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Klik untuk gambar besar



"Sian som. Mommy kene kuat." - "Alhamdulillah kembali ok.. anak saya pun eczema.. melepuh2 kulit mcm melecur.. Nad boleh try Dr Ko Skincare Specialists juga.. pergi HQ di Klang.. terbaik.." - "Pedih tu," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: