22 May 2022

ISTERI HAQIEM RUSLI KATA BUNCIT - PEMINAT TAK PERCAYA, MASIH MENGESYAKI NAMPAK 'BABY BUMP'



Biarpun sebelum ini isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea pernah memberitahu perutnya hanya buncit dan bukannya 'baby bump', namun peminat tetap teruja dan mula mengucapkan tahniah kepada wanita itu.


Foto percutian yang dikongsi oleh Anis, 20, baru-baru ini telah menarik perhatian netizen yang mula mengesyaki wanita itu kini benar-benar sedang hamil.

"Tahniah... dah nampak baby bump tu." - "Bukan buncit tu. Tak padan langsung kalau orang cantik macam ini dikatakan buncit. Alhamdulillah... tahniah." - "It's a baby," antara komen netizen.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Haqiem dan isterinya tidak memberi sebarang komen balas tentang perkara tersebut. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, pasangan itu kini sedang bercuti di Turki.

Sebelum ini, berita kononnya isteri Haqiem sedang hamil hangat diperkatakan apabila penyanyi lagu 'Mimpi' itu secara bergurau menyebut bakal menjadi bapa.

Untuk makluman, Haqiem dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: