22 May 2022

ISTERI BERSYUKUR LAN SOLO BELI KERETA BARU UNTUK KELUARGA: "ALHAMDULILLAH.. 13 TAHUN BERSAMA"



Menerusi coretan luahan hati di laman Instagram baru-baru ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan telah meluahkan rasa syukur apabila dia dan suami berpeluang membeli kereta baharu, Toyota Vellfire.


"Sambung kisah smlm... Alhamdulillah.. 13 thn bersama.. semua kami buat sama2.. gado sama2.. tido sama2.. makan sama2.. nangis sama2.. beli kete pon hasil bersama2!. Org lain mungkin dah lama pakai.. kami baru dpt rasa.. .Rezeki anak2 yg kami tumpang," tulisnya.

Dalam pada itu, Sheila percaya amalan bersedekah dan berkongsi rezeki akan mendapat rahmat serta rezeki yang mencurah-curah daripada Yang Maha Esa.

Klik untuk gambar besar



"Jgn penah rasa penat utk bsedekah.. jgn penat cari rezeki & sentiasa ada rasa ikhlas utk memberi manfaat pd ramai orang.. Selalu memberi makan InsyaAllah rezeki x putus... Lagi rasa ketat, sesak.. lagi byk sedekah...

"Percayalah.. Allah tahu bila masa yg sesuai utk bagi rezeki pd hambanya... Bila di duga.. terus doa doa doa! Hidup bukan utk dinilai manusia.. hidup utk masa "depan" kita kat sana... Jgn nilai rezeki org dgn rezeki kita.. ia pasti berbeza.. cukup sekadar mensyukuri seadanya..," akhirinya lagi.

Untuk makluman, Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pada 5 Disember 2009 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aqid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: