22 May 2022

IFA RAZIAH ULAS ISU TUTUP AURAT: "SAYA BELUM PAKAI TUDUNG TAPI ALLAH DAH JEMPUT SAYA TIGA KALI DAH"



"Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya. Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.


"Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat," ujar penyanyi dan pelakon Ifa Raziah mengenai isu menutup aurat.

Menerusi video di apklikasi TikTok yang tular baru-baru ini selepas dikongsikan oleh pengguna TikTok @Nazrul_Al_Bangsari itu, Ifa mengatakan dia sudah tiga kali di jemput ke Tanah Suci mekipun belum menutup aurat.

Klik untuk gambar besar



Mengakui dirinya tidak sempurna, Ifa turut mempersoalkan bagaimana pula jika menutup aurat namun masih mengata orang. Malah, dia pernah berjumpa dengan wanita bertudung tetapi tidak menunaikan solat.

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan selebriti itu. Kata netizen lagi, menutup aurat itu wajib serta mendoakan agar penyanyi itu diberikan hidayah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: