22 May 2022

"MUJUR DIA SENDIRI OKAY SAJA..." - HAZIQ HUSSNI TERGURIS HATI DENGAN KOMEN WARGA MAYA TERHADAP ISTERINYA



"Sebenarnya saya tak marah pun. Malah Putri sendiri okay saja sebab biasalah saya sendiri pun kerap terima pelbagai jenis komen di media sosial. Cumanya, saya rasa komen terbabit agak kesat kerana ia sudah bersifat 'body shaming'. Apalagi isteri saya lagi beberapa hari nak bersalin.


"Mujur dia sendiri okay saja dan tidak fikirkan sangat pun pasal komen itu. Cumanya, saya secara peribadi tak rasalah komen sebegitu ditujukan tidak kisahlah kepada sesiapa pun," demikianlah kata pengacara Haziq Hot FM, 32, yang Jarang-jarang melenting di media sosial, namun kini menyuarakan rasa kurang senang terhadap komen bersifat sindir badan baru-baru ini.

Tambah Haziq yang juga penyampai radio, komen yang ditujukan kepada isterinya Ayunda Putri Mekarsari atau Putri itu agak mengguris namun bersyukur Putri tidak terkesan.

"Sebenarnya saya tak marah pun. Malah Putri sendiri okay saja sebab biasalah saya sendiri pun kerap terima pelbagai jenis komen di media sosial. Cumanya, saya rasa komen terbabit agak kesat kerana ia sudah bersifat 'body shaming'. Apalagi isteri saya lagi beberapa hari nak bersalin.

Klik untuk gambar besar



"Mujur dia sendiri okay saja dan tidak fikirkan sangat pun pasal komen itu. Cumanya, saya secara peribadi tak rasalah komen sebegitu ditujukan tidak kisahlah kepada sesiapa pun," tuturnya.

Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata perihal sindir badan adalah sangat sensitif dan mampu meninggalkan impak besar terhadap sesetengah orang.

"Isu begini bukan boleh diterima semua orang. Kalau macam saya dan isteri, kami pun sebolehnya enggan ambil pusing sampai nak ganggu fikiran. Saya cuma bersuara kerana bagi saya tidak patut seseorang komen sebegitu. Lain orang mungkin boleh terkesan teruk dengan komen berunsur sindir badan dan itu tidak okay," ujarnya.

Untuk makluman, Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Heidy Nufael, 5, dan Chayra Auliya, 4.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: