27 May 2022

IFA RAZIAH DAH LALI KECAMAN: "SIAPA ORANG ITU LETAK SAYA INI ISTIDRAJ... JANGAN BUAT KERJA TUHAN"



"Siapa orang itu nak letak saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja Tuhan. Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah S.W.T... nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.


"Walaupun saya seorang pendosa tapi kehidupan saya lagi Islam dari mereka yang memakai tudung. Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.

"Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya," ujar penyanyi dan pelakon Ifa Raziah yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu dan mempersoalkan kembali apabila ada sesetengah pihak yang mengelarnya istidraj.

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di apklikasi TikTok mengenai Ifa sehingga dia dikecam teruk. Menerusi video tersebut, Ifa berkata dia sudah tiga kali di jemput ke Tanah Suci mekipun belum menutup aurat.

Kenyatannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk seorang ustazah yang menegur selebriti itu. Ustazah itu juga bimbang seandainya kenyataannya itu menjurus kepada tanda-tanda istidraj.

Menjelaskan mengenai rezeki serta kesenangan yang dimilikinya, Ifa berkata dia boleh pergi kemana sahaja namun memilih untuk dekat dengan Rasulullah dan ke Tahan Suci.

"Saya boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini untuk bercuti. Tapi kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa di Tanah Suci, sebab saya sangat suka ke Tanah Suci berbanding dengan negara lain. Di sana, saya boleh dekatkan diri dengan Allah dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj," katanya.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia sudah lali dengan kecaman dan kritikan diterima sejak menceburkan diri dalam industri seni 26 tahun lalu.

"Terpulang hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan. Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang benci pada saya pun tiada masalah. Dipuji saya takkan terbang, dihina pun saya takkan tumbang," tuturnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: