27 May 2022

ELFIRA LOY & SUAMI PILIH NAMA 'NUR ARIA MIKAYLA' UNTUK PUTERI MEREKA



"Bismillahi MashaAllah, On May 20th, we were blessed with the arrival of our baby princess. Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris✨," tulis pelakon Elfira Loy yang berkongsi wajah dan nama penuh anak keduanya menerusi laman Instagram miliknya.


Memuat naik foto wajah penuh bayi perempuannya di laman Instagram pada Jumaat, pelakon berusia 28 tahun itu turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puteri kesayangannya yang diberi nama 'Nur Aria Mikayla'.

Dalam pada itu, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri juga mengharapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya itu.

"Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti," katanya.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat termasuk rakan-rakan artis memberi ucapan tahniah serta memuji wajah comel anak kedua Elfira dan suaminya iaitu Muhammad Faris.

Malah menerusi perkongsian tersebut juga, Elfira yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Mei lalu di pusat perubatan di Kuala Lumpur itu turut berkongsi akaun Instagram rasmi anak keduanya itu iaitu @nurariamikayla.

Untuk makluman, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris atau nama penuhnya Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf berusia dua tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: