27 May 2022

BILA IBU MAHU WAK DOYOK KAHWIN ANAK DARA, TAK NAK JANDA



"Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!" tutur ibu kepada pelakon dan usahawan Wak Doyok menerusi video pendek di TikTok @majalahnona, yang berkongsi serba sedikit bakal isteri anaknya yang diimpikan menjadi menantunya.


Usia sudah mencecah 42 tahun dan masih solo, sebelum ini Wak Doyok berkata dia mempunyai alasan sendiri tidak terburu-buru mencari pasangan. Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata dia kini bahagia bersama ibu tercinta dan belum dikurniakan rezeki untuk berkahwin lagi.

Dalam temubual tersebut, ibunya berharap agar Wak Doyok bertemu jodoh dengan anak dara dan menolak wanita berstatus janda. Ketawa mendengar jawapan ibunya itu, Wak berkata tiada siapa tahu mengenai soal jodoh kerana itu adalah rahsia Allah.

Klik untuk gambar besar



"Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu," kata Wak yang sebelum ini berkata dia mahukan bakal isteri yang bersedia untuk tinggal bersama mentua.

Wak juga mendedahkan dia pernah dijodohkan dengan seorang cikgu namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja hasrat untuk berkahwin terpaksa dilupakan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: