27 May 2022

"SAYA TIDAK PERNAH BERITAHU SUDAH PAKAI TUDUNG SEPENUHNYA" - JAWAB ASHIRA BILA TAMPIL 'FREEHAIR' KETIKA MENYANYI DI PUB



Baru-baru ini, penampilan Ashira Aziz yang kini bekerja sebagai penyanyi di restoran pub setiap hujung minggu itu dilihat tidak lagi mengenakan tudung. Tindakan isteri kepada penyanyi Bad Indigo itu telah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.


Menjawab kekeliruan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, meminta orang ramai tidak menjadikan hal tudung sebagai isu kerana sebelum ini dia tidak pernah mengumumkan sudah berhijab penuh.

"Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung.

"Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi. Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini menolak dakwaan penampilan tidak bertudung itu adalah demi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi di restoran berkenaan.

Dalam hal ini, Ashira berkata soal berhijab adalah pilihan masing-masing dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai penampilan tersebut.

"Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana. Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri.

"Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna. Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: