27 May 2022

TAK MENYESAL BERLAKON BABAK PANAS - SITI HARIESA NAFI 'HILANG', PILIH BERDIAM KERANA TIDAK MAHU MENGERUHKAN KEADAAN



"Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama 'Perempuan Itu'. Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini.


"Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan," ujar pelakon Siti Harisa yang berkata dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku, apabila hampir dua bulan berdiam diri selepas terpalit dengan kontroversi babak panas dalam drama 'Perempuan Itu'.

Gadis berusia 24 tahun itu menjelaskan, dia bertindak mengunci mulut untuk meredakan situasi panas agar tidak berlanjutan. Kata Hariesa lagi, kontroversi yang berlaku mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak selepas ini.

Mengulas apabila namanya menjadi bualan ramai ramai ekoran keberaniannya melakonkan babak panas itu, Hariesa menyifatkan ianya pengalaman yang melucukan.

Klik untuk gambar besar



"Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan. Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka," katanya.

Dalam pada itu, Haries berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih watak serta menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.

"Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Pada Mac lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik klip sedutan babak panas bersama Siti Hariesa sekaigus mengundang kecaman ramai.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: