06 May 2022

INI JAWAPAN SHUK BILA DITANYA RAYA DENGAN SIAPA



Semua sedia maklum mengenai konflik rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang sebelum ini hangat diperkatakan. Nama Shuk kembali menjadi sebutan apabila rumah tangganya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera sekali lagi didakwa bergolak sejak akhir-akhir ini.


Terkini, ramai yang tertanya-tanya dengan siapa pelawak menyambut Aidilfitri kali ini selepas memuat fotonya di hari raya lengkap berbaju Melayu seorang diri menerusi akaun Instagram miliknya.

"Selamat Hari Raya Shuk, raya ni dengan siapa?," tanya salah seorang warga net.

Shuk tidak membiarkan pertanyaan itu begitu sahaja, dia dengan bersahaja membalas.

"Saya raya di kampung Penang," jawabnya seolah-olah cuba mengelak soalan berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran yang sama juga, Shuk turut menerima banyak komen yang rata-rata mengucapkan Selamat Hari Raya.

Pergolakan rumah tangga Shuk sudah berlaku beberapa kali sehingga kali terakhir isterinya sendiri mendedahkan kecurangan pengacara dan penyampai radio itu dengan wanita yang sama.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: