19 May 2022

"JUMPA CUCU SEKALI DALAM 2 MINGGU, DIA TIDAK BOLEH BERMALAM DENGAN KITA... SANGAT TIDAK MASUK AKAL" - CHEF WAN



Baru-baru ini menerusi laman Instagram, Cef selebriti iaitu Datuk Chef Wan yang cukup dikenali sebagai yang seorang lantang bersuara mengenai isu anak-anak dan cucu itu ada meluahkan rasa terkilan dengan keputusan mahkamah dimana dia hanya dibenarkan berjumpa dengan cucunya itu sekali dalam dua minggu.


Dalam muat naik tersebut, Chef Wan turut tidak berpuas hati apabila anaknya, Cef Riz bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah itu. Bagaimanapun, anaknya berkata tidak mengapa kerana asalkan dapat bertemu dengan anaknya itu daripada tidak berpeluang berjumpa langsung.

"Akhirnya dengan keputusan sementara mahkamah kami dapat berjumpa dengan Arriana, cucu ke-3 saya, sekali dalam 2 minggu selama sehari daripada ibunya. Siang ambil bersama malam kena hantar balik.

"Tidak tahu mengapa anak saya bersetuju dengan peraturan mereka pada peringkat ini. Bila tanya, 'Its better then tak dapat jumpa langsung Pa'. 2x sebulan mengikut jam? Saya kata. Dia tidak boleh bermalam dengan kita," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Chef Wan berkata keputusan tersebut tidak masuk akal namun mereka tidak berdaya untuk bersuara. Kata Chef Wan lagi, ramai mereka diluar sana sudah bercerai namun tiada masalah untuk berkongsi hak penjagaan anak.

"Saya dapati keseluruhan keadaan ini sangat tidak masuk akal. Seolah-olah kita tidak berdaya dan tidak bersuara. Ramai orang bercerai tetapi masih membenarkan kedua ibu bapa berkongsi hak penjagaan anak mereka," katanya lagi.

Untuk makluman, Putri Arianna Natasya merupakan hasil perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong yang berkahwin pada 5 Disember 2014 namun mereka bercerai pada 2016.



















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: