13 May 2022

MARIA FARIDA: "JUJUR SAYA TIDAK BERAPA NAK AMBIL APA-APA MISALNYA PRODUK ANTI-PENUAAN..."



"Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat, cuma saya berasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-penuaan dan sebagainya.


"Mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu menjadi seorang yang positif. Mungkin saya 'dapat' (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar," ujar pelakon Datin Seri Maria Farida, 53, yang mengakui dia tidak mempunyai sebarang penjagaan khusus untuk kekal awet muda.

Maria berkata, dia memilih untuk menjalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan. Berkongsi mengenai sambutan 1 Syawal baru-baru ini, Maria berkata, Aidilfitri kali ini disambut dengan apa adanya selain masih berhati-hati dengan penularan C0V1D.

Klik untuk gambar besar



"Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, virus C0V1D masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.

"Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (C0V1D). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.

"Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada virus berkenaan," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: