27 May 2022

'MOHAMAD EMIRHAN ' - ANZALNA NASIR & SUAMI DEDAH JANTINA ANAK KEDUA SELEPAS TUJUH HARI KELAHIRAN



"Sebagaimana sunnah Nabi SAW, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud 'Princely Ruler'.


"Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, berjaya dunia dan akhirat. Amin," demikian tulis pelakon Anzalna Nasir dan suami, Mohamad Hanif Zaki yang kini mendedahkan wajah, jantina serta nama anak kedua mereka selepas tujuh hari berteka-teki rahsia jantina bayi berkenaan.

Memilih nama 'Mohamad Emirhan', Anzalna dan Hanif membuat pengumuman serentak menerusi laman Instagram, hari ini. Pasangan itu mengambil keputusan memilih hari ketujuh untuk mendedahkan wajah anak kerana mahu mengikut sunnah nabi.

Sebelum ini, Anzalna yang melahirkan anak lelakinya pada tanggal 20 Mei lalu melalui kaedah pembedahan itu enggan mendedahkan jantina bayi kerana ingin memberikan kejutan kepada ahli keluarga yang sedang bercuti di Eropah.

Klik untuk gambar besar



Mengikut perancangan, keluarga sepatutnya menemaninya di hospital kerana dijangka bersalin pada 31 Mei ini, namun, ketika membuat pemeriksaan, Anzalna dimaklumkan bayinya sudah bersedia untuk keluar.

"Jika mengikut perancangan awal, saya sepatutnya bersalin pada 31 Mei, tetapi doktor maklumkan bayi sudah sedia hendak keluar pada 20 Mei lalu. Jadi, keluarga tidak dapat menemani saya di hospital sebab bayi keluar lebih awal. Oleh itu, saya buat keputusan untuk membuat kejutan dan menanti kepulangan barulah saya dedahkan jantina anak," katanya.

Menyifatkan proses kelahiran Mohamad Emirhan lebih tenang kerana berpengalaman melahirkan anak sulung, tetapi Anzalna mendedahkan, dia terkejut bayi kedua keluar 12 hari lebih awal.

Untuk makluman, Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: