28 May 2022

INI JAWAB AINA ABDUL BILA GAYA TUDUNG DITEGUR: "SAYA SUKA FESYEN WALAUPUN NAMPAK MACAM 'SISTER'



"Ini 'branding' Aina Abdul. Memang akan ada eleman kejutan. Sebenarnya penampilan ini memang kita nak tampil macam ni. Saya suka fesyen walaupun nampak macam 'sister', saya hanya menghargai ia sebagai fesyen saja.


"Fesyen just untuk 'statements' sementara. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja sesuatu. Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.

"Bagi di luar sana, kalau nak 'follow', 'follow' la, jika tak, saya bukan suruh orang semua pakai tudung macam ni. Kalau nak pakai 'good for you'," itulah kata penyanyi Aina Abdul apabila penampilannya itu ditegur netizen kerana gaya tudungnya yang seakan-akan menyerupai biarawati gereja atau 'sister'.

Sebut saja nama Aina Abdul, pasti semua tahu penyanyi lagu 'Sepi' itu sering tampil dengan imej dan fesyen luar biasa serta lain daripada yang lain. 

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini, penampilan Aina ketika sidang media sempena konsertnya yang bakal berlangsung pada Jun depan menjadi perhatian apabila tampil dengan busana dan tudung serba putih seperti gaya 'sister'.

Tambah Aina, dia hanya mahu menghargai gaya itu sebagai satu fesyen. Ujarnya, meskipun dia berpakaian seperti itu bukannya dia memuja sesuatu.

Dalam pada itu, Aina menegaskan gaya pemakaiannya bukan satu ikutan. Ujarnya lagi, terpulang pada diri masing-masing kerana dia tidak menyuruh untuk orang lain berpakaian sepertinya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: