28 May 2022

IBU MADU KEMBALI KE RAHMATULLAH - RAMAI TERHARU LIHAT HUBUNGAN BAIK ADIRA DENGAN DATIN RED



"Pemergian yang tiada ganti… terputusla doa seorang ibu untuk anak-anaknya πŸ₯ΊπŸ€²πŸ». Terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami & madu yang ada ketika suka dan duka πŸ˜”. Terima kasih juga pada yang menziarah, yang mengucapkan takziah, yang mendoakan & yang menyempurnakan hingga selesai kebumian bonda saya 🀍 #23.05.2022 #HARI ISNIN," tulis madu kepada penyanyi Adira iaitu Datin Red menerusi laman Instagram miliknya.


Perkongsian Datin Red menjadi perhatian apabila memaklumkan ibunda tercintanya pergi menghadap Ilahi pada 23 Mei lalu. Menerusi perkongsian tersebut, Datin Red meluahkan rasa di atas pemergian ibundanya itu kerana selepas ini terputus doa seorang ibu buat anak-anak.

Dalam entri itu lagi, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, suami serta madu yang bersama ketika suka dan duka. Turut menjadi perhatian kehadiran Adira yang tidak henti menenangkan Datin Red yang dilihat emosi selepas jenazah ibunya dikebumikan.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah buat Datin Red sekeluarga di atas pemergian ibu tercinta. Malah, ada yang terharu melihat hubungan baik Adira serta tetap setia bersama madunya serta menenangkan kan Datin Red.

Adira bernikah dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada hujung tahun 2015 dan mengesahkan pernikahan mereka yang dilakukan di Thailand sekitar awal 2016.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: