28 May 2022

"TIADA SIAPA YANG SEMPURNA... TAKKAN KORANG TAK PERNAH BUAT SILAP" - CAPRICE ULAS ISU ANAK RIDHUAN TEE



"Video panas Syafi Tee, Ridhuan Tee akui diri tidak sempurna. Cap (Caprice) tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita ustaz, anak kita confirm takkan buat dosa.


"Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm takkan buat jahat. My point is, tiada siapa dekat muka bumi ini yang sempurna dan saya yakin ibu bapa akan sentiasa bagi terbaik untuk anak-anak mereka.

"Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar daripada kesilapan. Takkan korang tak pernah buat silap. Asalkan kita belajar daripada kesilapan, ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan," demikianlah ujar penyanyi rap, Caprice yang tampil membidas sikap sesetengah netizen yang gemar menghakimi seseorang individu itu berdasarkan kesilapan orang lain.

Sebelum ini, nama pelakon Syafi Tee hangat diperkatakan selepas sebuah videonya bercium mulut dengan seorang 'wanita' yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya, tular di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Sehingga ke hari ini, Syafi, 29, masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan dirinya itu sebaliknya, bapanya, pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ada mengeluarkan respon balas terhadap isu melibatkan anak keduanya itu. Susulan respon tersebut, ramai netizen turut mengecam pendakwah tersebut susulan hal terbabit.

Lebih hangat lagi apabila perkongsian seorang pengguna Twitter yang mendedahkan bahawa 'wanita' tersebut adalah seorang transgender. Menerusi entri tersebut, pengguna Twitter itu turut berkongsikan paparan sebuah akaun Instagram didakwa milik 'wanita' berkenaan. Pada profile akaun Instagram itu, 'wanita' tersebut secara terang-terangan menyatakan dirinya bukan wanita berserta bendera LGBT

Tambah Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli 34, berhubung isu tersebut, tiada manusia yang sempurna dan tidak berbuat salah sebaliknya dia percaya semua ibu bapa sudah cuba memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: