"Bismillahirrahmanirrahim, MasyaAllah. Kenalkan putera kedua kami, Muhammad Endra Haqimie 🤍 Terima kasih atas ucapan dan doa 🫰🏻🤍," demikianlah tulis pelakon Eyra Hazali yang berkongsi wajah anak keduanya yang diberi nama Muhammad Endra Haqimie.
Perkara tersebut dikongsikan Eyra menerusi laman Instagram dengan berkongsikan foto raya mereka sekeluarga. Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut menitipkan doa yang baik-baik buat mereka sekeluarga selain mendoakan agar kedua anaknya membesar sebagai anak soleh.
Untuk makluman, Eyra mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada pada 1 November 2019. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment