08 May 2022

NAFI DAKWAAN BERGADUH - SERA KONGSI PERBUALAN DENGAN SHUK, MAHU PASTIKAN ANAK-ANAK PAKAI SEDONDON



Rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar hangat diperkatakan sejak tahun lalu, apabila isterinya iaitu Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.


Semua sedia maklum, Shuk beraya bersama keluarga di kampung halaman, di Penang, manakala Sera pula bersama anak-anak beraya di keluarganya di Sabah.

Dek kerana itu, ramai membuat andaian pasangan ini bergaduh. Enggan berdiam diri, Sera telah memuat naik mesej perbualannya bersama Shuk yang bertanyakan mengenai baju raya mereka anak beranak.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkongsian tersebut yang menjadi perhatian ramai, Sera berkata dia dan Shuk masih berhubung baik dan berkawan demi anak-anak serta tidak bergaduh seperti yang didakwa.

Kata Sera lagi, meskipun mereka sekeluarga tidak beraya bersama namun dia akan tetap pastikan baju raya anak-anak sedondon dengan bapa mereka serta memohon untuk mendoakan yang baik-baik.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: