08 May 2022

BILA YASIN SULAIMAN TULIS LAGU DI PENJARA BERJUDUL 'BEBASKAN AKU'



Atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara pada 24 Mac lalu, penyanyi Yasin Sulaiman ketika ini telah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, selepas Mahkamah Sesyen dan Majistret tidak membenarkan ikat jamin.


Melihat perkongsian terbaru di Instagram Yasin, keluarganya ada memuat naik lagu baru yang dihasilkan oleh penyanyi itu disebalik tirai besi.

Keluarganya memaklumkan, Yasin meminta untuk lirik lagu itu dikongsikan di media sosial untuk sahabat dan peminatnya.

Difahamkan, lirik lagu itu turut ditulis bersama seorang lagi penulis dikenali sebagai Jo Tan berkisarkan mengenai luahan hati Yasin.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: