07 May 2022

TAYANG BADAN KETIKA BERCUTI KE BALI - NETIZEN PERSOAL TATU PALSU DI BETIS FADLAN HAZIM: "TAKUT JATUH FITNAH..."



"Pakai tatu ker bang? Takut jatuh fitnah ja." - "Maaf bang, kami ni sebagai peminat abang takut benda macam inilah, kami ni tengok dari gambar mana nak tahu tu tatu real ke, fake atau inai."


"Suka betul kumpul fitnah. Baik cakap awal-awal tatu tu sementara," itulah antara komen-komen netizen yang meluahkan rasa risau, seandainya tatu yang dilekatkan di betis kanan pelakon fadlan Hazim disalahanggap oleh segelintir pihak dan mengundang fitnah.

Fadlan antara selebriti tempatan yang meluangkan masa cuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan berehat di pulau Bali, Indonesia.

Menerusi kemaskini foto di media sosialnya sejak beberapa hari lalu, Fadlan sempat berkunjung ke beberapa lokasi ikonik tumpuan pelancong antaranya di Uluwatu dan Pantai Kuta.

Malah, menerusi hantaran terbaharu di laman Instagramnya, Fadlan berkongsi beberapa keping fotonya yang tidak berbaju sambil bersantai di tepi pantai yang dipenuhi dengan kehadiran pelancong.

Klik untuk gambar besar



Namun, yang menjadi tumpuan netizen serta peminatnya adalah tatu palsu pada bahagian betis kanan Fadlan. Fadlan bagaimanapun tidak berdiam diri sebaliknya mengandaikan setiap peminatnya sudah bijak untuk menilai.

"Tak payah kot, korang semua cukup bijak dah. Ye doh. Ntah-ntah orang kahwin pun pakai tatu kat tangan weh," tulis pelakon drama bersiri 'Papa Ricky' itu.

Bagaimanapun, ada antara peminatnya yang meminta agar warganet tidak terburu-buru meletakkan hukum dan menganggap hal (tatu sementara) itu secara terbuka.

"Tu benda biasa jelah. Just for fun. It's okay. Memang orang pergi sana banyak je buat macam tu. Relax yer. Kita buat apa yang kita suka bila dapat off work macam ni," demikian pujuk peminatnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: