09 May 2022

NEELOFA & PU RIZ TAK SANGKA ANAK DAPAT DUIT RAYA RM14,020 - NETIZEN TERKEJUT, ADA JUGA BERI TEGURAN



"Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Ini semua duit-duitnya diberi sampai ada duit 1,000 dirham. Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat belas ribu dua puluh ringgit (RM14,020)...


"Masya-Allah, hebat daripada kita lagi," itulah kata suami selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz menegnai kutipan duit raya anak sulungnya, Muhammad Bilal, dalam masa tujuh hari menyambut Aidilfitri.

Melihat pada video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, Neelofa dan PU Riz sedang membuat kiraan jumlah hasil kutipan duit raya yang diterima anak lelaki mereka yang berusia lebih tiga bulan itu.

Dalam pada itu, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail turut memberitahu anaknya juga menerima sekeping wang kertas 1,000 dirham (RM1,000) daripada seseorang individu.

Perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan hasil kutipan duit raya tersebut kerana nilainya melebihi jumlah pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu RM10,000.

Klik untuk gambar besar



Malah segelintir netizen juga menganggap ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan ramai saudara-mara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya memberikan duit raya RM50 hingga RM100.

"Normal la, umi dia terkenal, walid dia pun terkenal... jumpa orang kaya-kaya. Jadi, apa nak hairan. Aku sekali pergi rumah orang kaya dapat RM200."

"Bajet duit raya golongan kayangan ini bersamaan RM10,000 KWSP salah seorang rakyat marhaen."

"Datuk, nenek dia semua pangkat Datuk Datin kenalan pun Datuk Datin Tan Seri Puan Seri. Rezeki Bilal la dapat duit raya banyak macam itu," antara komen-komen netizen.



Biarpun ramai netizen yang melahirkan rasa syukur melihat rezeki anak pasangan itu, namun masih terdapat antara mereka yang memberi pandangan bahawa perkongsian itu tidak sesuai kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

"Ingat pesan Ustaz Wadi Anuar. Salah satunya jangan tunjuk harta kita kat orang yang Allah bagi."

"Tak baik tunjuk duit raya kan," tulis netizen-netizen tersebut.

Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu namun sehingga kini masih belum mendedahkan wajah bayi mereka.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: