09 May 2022

SYATILLA MELVIN SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETIGA - SHAHEIZY SAM LUAH SYUKUR



"Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.. Thank u atas doa2 korang. Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu? 🤔," demikianlah tulis pelakon Shaheizy Sam yang memaklumkan isterinya, pelakon Syatilla Melvin telah selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pagi tadi iaitu bersamaan 8 Syawal.


Berita gembira itu dikongsikan oleh Sam di menerusi laman Instagram sebentar tadi. Melihat pada foto yang dikongsikan, wajah bayi ketiga pasangan ini tidak mendedahkan apabila ditutupi dengan emoji.

Dalam masa sama, Sam sempat berseloroh bertanyakan wajah anaknya itu sepertinya atau Syatilla. Pada Ahad lalu, Sam sempat memuat naik video bersama isterinya membeli belah di sebuah pasaraya sebelum Syatilla dimasukkan ke pusat perubatan.

Untuk makluman, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samhiezy, 5 dan Sarima Samhiezy kini berusia 2 tahun.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: