16 May 2022

NORMAH DAMANHURI TAK MAHU 'FREEHAIR', PILIH PAKAI RAMBUT RAMBUT PALSU



Pelakon Normah Damanhuri akui dia sudah bersedia dengan apa saja pandangan penonton, selepas memilih untuk tampil dengan imej memakai rambut palsu dalam filem 'Tiga Janda Melawan Dunia'.


Menurut pelakon berusia 68 tahun ini, dia sendiri yang memaklumkan kepada pengarah filem tersebut iaitu Hyrul Anuar untuk menggayakan imej sedemikian.

"Imej saya dalam filem itu memang saya sendiri yang cakap dekat Hyrul nak pakai wig (rambut palsu). Tak ada la sampai nak free hair. Sebab saya rasa pakai wig masih okay lagi... itu saja limit yang saya boleh berikan. Tak apa la, orang nak cakap apa, cakap la... biarlah," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi. Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu turut menampilkan Khatijah Tan, Raja Azura dan Norman Hakim.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Normah mengakui mendapat kepuasan dalam lakonan menerusi filem tersebut biarpun penat seharian menjalani penggambaran.

"Penat sangat sebab penggambaran dari pagi sampai ke pagi selama beberapa hari juga. Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa. Tapi yang filem ini penat dengan tenaga sekali. Watak saya pun sangat memenatkan. Tapi sangat seronok. Bagi saya, ada rasa nikmat dan kepuasan," ujarnya.

Berkongsi lagi mengenai wataknya sebagai Rohayu, Normah memberitahu pada mulanya dia berasa segan untuk melakonkan aksi manja biarpun karakter sebenarnya lebih kurang sama.

"Bagi saya, benda (aksi manja) itu untuk tayangan... jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu. Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada. Cuma mereka bantu lagi, Insya-Allah menjadi la (watak)," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: