16 May 2022

DIMINTA BERTAUBAT - VIDA AKUI BELUM PUAS: "SAYA AKAN TERUS BUAT KONTROVERSI... SIAPA CAKAP SAYA DAH TUA?"



Sebelum ini nama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida hangat diperkatakan selepas lagu raya terbaharunya yang berjudul 'Muah Muah Raya' itu menerima kecaman dimana ia didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa orang 'drag queen' sebagai penari.

Ramai netizen bertanya bila masa untuk Vida berubah dan menghentikan publisiti murahan di laman sosial. Vida ketika ditanya berhubung hal tersebut berkata, walaupun menerima pelbagai tekanan dan kecaman daripada netizen, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju.

"Saya akan terus buat kontroversi. Siapa cakap saya tua? Saya masih look fresh. Saya menerima hakikat tua... habis itu (tua) nak suruh saya duduk tepi kubur?

"Kecaman tu memang stres tapi ia akan berlalu. Saya tak boleh slow nak berubah, biar korang semua terus tengok muka saya sampailah Cik B dan Kacak ambil alih empayar perniagaan saya," katanya kepada mStar.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: