16 May 2022

"PALING SERONOK TENTULAH EVIE, LAHIR SAHAJA SUDAH DIBENARKAN PULANG KE KAMPUNG..." - HARRIS & INTAN MASIH TAK PERCAYA DAH ADA ANAK



"Sumpah dan jujur kadang-kadang saya dan Intan rasa masih tak percaya yang kami sudah ada anak. Ya, anak kandung hasil pernikahan kami tempoh hari. Rasanya baru semalam saya sarungkan cincin pada jari manis Intan, menikahi dan menyuntingnya sebagai suri hati.


"Diam-diam sudah ada Evie Khadeeja," itulah kata penyanyi dan pelakon Harris Alif yang memberitahu dia dan isterinya, pelakon Intan Ladyana seakan masih tidak percaya mereka sudah mempunyai cahaya mata, Evie Khadeeja.

Jika tahun lalu beraya berdua sahaja, tahun ini sememangnya cukup istimewa buat pasangan selebriti ini apabila beraya bersama anak sulung mereka itu.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya tahun ini, Harris menyifatkan ianya momen bahagia buat mereka suami isteri apatah lagi dapat beraya di kampung.

"Tetapi tahun ini, kebenaran sudah diberikan. Syukur Alhamdulillah, sedikit sebanyak kesengsaraan dan kedukaan kita semua terubat tahun ini. Paling seronok tentulah Evie, lahir sahaja sudah dibenarkan pulang ke kampung berjumpa dengan semua yang dirindui. Tak macam kami suami isteri," ujarnya

Untuk makluman, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja yang lahir pada Februari lalu.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: