10 May 2022

SAKINAH DIKECAM TERUK, SAMAKAN TANDAS DENGAN SYURGA



Kita sedia mengetahui yang tandas merupakan tempat paling terkotor dan disitu juga tempat tinggalnya jin serta syaitan. Namun begitu, ada juga yang mengubah suai ia menjadi satu tempat mewah dan cantik.


Termasuklah selebriti Sharifah Sakinah yang baru-baru ini ada memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram dimana dia menunjuk tandas di rumahnya yang diubah suai menjadi satu tempat yang 'megah'.

Biarpun tandas mewah yang dipaparkan itu menjadi perhatian ramai, namun perkara yang membuatkan netizen lebih memberi perhatian apabila membaca kapsyen hantaran Sakinah itu menyamakan tandasnya dengan syurga.

"Wag orang kata kat Tandas banyak setans. Sejuk macam syurga tandas awak siap Ada kipas LV GUCCI 😂," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Oleh kerana membuat coretan seperti itu, pelakon tersebut telah menerima kecaman daripada netizen yang merasakan Sakinah tidak sepatutnya berseloroh menyamakan sesuatu yang suci dengan tempat yang kotor itu.

Malah, ada juga netizen yang merasakan pelakon drama 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu seakan-akan mempersendakan agama Islam apabila berkata sedemikian dan meminta agar wanita itu beristighfar.

Selain kecaman, ada juga netizen yang memuji kecantikan tandas mewah miliknya Sakinah itu dan luahkan rasa terpegun apabila melihatnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: