10 May 2022

VICHA: "THANK YOU DADDY DAH SAYANG ANAK-ANAK I MACAM ANAK SENDIRI... SELALU SABAR & JADI BAPA PENYAYANG"



"Raya tahun ini memang raya terindah sebab kita boleh kumpul semua. Alhamdulillah semoga kita selalu menjadi keluarga yang sakinah mawadah warohmah. Thank you Daddy @maniajohnson 7 tahun nak jalan 8 tahun ini. Susah senang kita lalui bersama... thank you dah sayang anak-anak I macam anak sendiri.


"Didik mereka menjadi anak yang lebih baik, lagi sayang dekat kami semua. Selalu sabar dan menjadi bapa yang penyayang dengan keluarga," tulis pelawak dan pelakon Vicha menerusi laman Instagram miliknya.

Vicha melahirkan perasaan teruja apabila dapat bersama-sama berkumpul dan beraya dengan tiga anak perempuannya, setelah lebih dua tahun tidak bersua muka dengan anak-anaknya yang menetap di Indonesia.

Klik untuk gambar besar



Meraikan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, Vicha turut berterima kasih terhadap suaminya, Johnson yang melayani anak-anaknya seperti anak sendiri.

Untuk makluman, Vicha, 34, mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aurel Angelina Khezy, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista. Ketiga-tiga mereka tinggal bersama keluarga Vicha di Bandung, Indonesia.

Vicha kembali mendirikan rumah tangga dengan Johnson, lelaki warganegara Nigeria pada Ogos 2018 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: