23 May 2022

"SAYA SANGAT PROFESSIONAL.." - ELLIE SURIATY KAGUMI BAKAT SUAMI, TIADA MASALAH BERLAKON BERSAMA



"Saya sangat mengkagumi bakat dia (bekas suami). Bagi saya lakonan dia sangat mahal dan orang lain tak ada apa yang dia miliki. Saya sangat professional dan tiada masalah untuk bekerjasama di masa akan datang," jawab pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty, 52, yang akui dia masih menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas suami, pelakon Azri Iskandar, 54, meskipun mereka sudah berpisah.


Ditanya adakah dia selesa untuk berjumpa dan bergandingan dalam mana-mana set penggambaran bersama Azri, Ellie atau nama penuhnya Ellie Suriaty Omar, memberitahu dia tiada masalah.

Sementara itu, Ellie yang bercerai dengan Azri pada 17 Mei lalu dengan satu talak selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga berkata, dia telah pun berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan bekas suami, supaya memudahkan anak-anak mereka untuk berjumpa.

Klik untuk gambar besar



"Kami masih jalinkan hubungan yang baik meskipun saya dah pindah rumah lain, Tapi masih dekat. Senanglah untuk anak-anak datang kedua-dua rumah. Malah kami pun tak ada isu berebut anak. Anak-anak pun dah besar mereka memahami dan matang serta bersikap pemikiran terbuka.

"Kami juga tidak bersikap untuk menghasut anak-anak untuk membenci sesiapa," kata Ellie yang dikurniakan dua cahaya mata sepanjang perkongsian hidup bersama Azri iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: