14 May 2022

"SAYA SANGAT 'STRESS' DAN 'DOWN' KENAPA ISU SEBEGINI DIPERBESARKAN..." - VIDA BERI KETERANGAN 4 JAM DI SKMM



"Macam-macam soalan ditanya sepanjang empat jam memberi keterangan di SKMM. Ia bukan satu proses yang mudah namun saya harungi dengan penuh sabar dan positif. Jujurnya saya sangat 'stress' dan 'down' kenapa isu sebegini diperbesarkan segelintir pihak sedangkan saya tidak pernah terfikir nak mempromosikan elemen LGBT.


"MV saya itu hanya untuk menyuntik kelainan dan memberi hiburan kepada orang ramai. Malangnya saya perlu berdepan masalah ini dan ke SKMM untuk memberi keterangan," itulah kata usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang mengaku tertekan dan hilang 'mood' dengan isu yang berlaku membabitkan video muzik (MV) raya yang terpalit kontroversi sehingga dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam.

Vida ketika dihubungi berkata, dia bagaimanapun sudah memberikan kerjasama yang baik sepanjang empat jam disoal siasat pegawai bertugas. Menurut Vida, dia berharap netizen berhenti mencari salah dan mengecam dirinya, sebaliknya melihat apa yang dilakukan sebagai satu bentuk hiburan.

Klik untuk gambar besar



"Selepas insiden yang berlaku kepada Datuk Seri Aliff Syukri yang dipanggil SKMM saya memang tak promosikan MV raya secara agresif sebab bimbang perkara sama berlaku. Tapi tak sangka masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan membuat aduan sedangkan saya sendiri sudah nyatakan apa yang buruk jadikan teladan dan baik jadikan sempadan dalam mv terbabit," ujarnya.

Terdahulu, Vida dihimpit kontroversi apabila dia tampil dengan MV raya berjudul 'Muah Muah Raya' yang dianggap tidak sesuai dengan sambutan Aidilfitri. MV terbabit memaparkan kumpulan penari 'drag queen' sekali gus menyebabkan Vida terpalit dengan isu cuba mempromosi elemen LGBT.Malah, ia juga mengheret Vida kepada isu cuba mencemarkan kesucian agama Islam menerusi penghasilan MV terbabit.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: