13 May 2022

ZIARAH, BELANJA MAKAN GOLONGAN TRANSGENDER DI SURABAYA, INDONESIA - USTAZ EBIT LEW TERIMA PUJIAN



Baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerusi laman Instagram telah berkongsi tentang penziarahannya ke 'lorong gelap' untuk bertemu dengan golongan transgender di Surabaya, Indonesia.


Dalam status tersebut, Ustaz Ebit mendedahkan ada antara golongan transgender di sana yang mula bekerja di situ sekitar usia 14 tahun dan ada juga yang berbuat demikian bagi menyara keluarga.

"12 malam tadi saya ziarah transgender / maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit lew yer? Yang suanak Punk makan yer?macam mimpi jumpa di sini.

"Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap di situ. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh.

Klik untuk gambar besar



"Macam-macam kisah di sebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibu bapa serta menjauhi yang haram," tulisnya.

Kemudian, Ustaz Ebit memberitahu yang dia mengajak mereka untuk makan malam bersama dan seterusnya bertanya soalan tentang apa sahaja yang mereka ingin tahu.

"Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut.



"Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Meninggalkan yang haram.

"Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang.

"Mereka kata kami dah laama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar," ujarnya.



Melihat pada ruangan komen pula, ramai yang tersentuh hati melihat pendekatan yang digunakan oleh Ustaz Ebit untuk berkongsi cerita bersama golongan berkenaan.

"Masya-Allah, dakwah ustaz lembut merangkul. Masya-Allah... Semoga hidayah untuk mereka tidak disia-siakan, amin." - "Ya Allah semoga mereka diberi kemudahan kembali ke fitrahnya. Amin ya rabbal alamin."

"Terima kasih ustaz, jauh di sudut hati mereka, pasti ada perasaan ingin berubah, kita tidak boleh nilai mereka dari luaran, mereka pun manusia biasa, setiap manusia tidak lari daripada buat silap.

"Yang penting kita ada usaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada masa ke semasa, moga dipermudahkan segala urusan mereka semua dan semoga Tuhan gerakkan hati mereka dan bukakan pintu hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan," antara kata-kata netizen yang turut mendoakan agar golongan ini diberi hidayah dan terbuka hati untuk kembali ke fitrah asalnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: