17 May 2022

SELESAI MAJLIS TAHNIK - MIRA FILZAH & SUAMI UMUM NAMA ANAK, 'WAN KHAIR AMIR'



"Allahumma salli 'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad 🤍 Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.


"@wankhairamir "Khair" membawa makna 'baik, elok', juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). "Amir" pula bermaksud 'orang yang memegang perintah, pemimpin', juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.

"Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini. Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.❣️

"Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA. #EmirAmirah #ArahManaSyurga ❤️💛❣️🌌," itulah tulis pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Genap tujuh hari kelahiran anak sulung, pasangan ini berkongsikan nama anak lelaki mereka iaitu 'Wan Khair Amir' dan juga maksud indah disebalik nama yang dipilih.

Menerusi posting itu juga, Mira dan suami turut memuat naik gambar bersama anak lelaki mereka dari pandangan sisi. Selain itu, pasangan ini yang berkahwin pada 2 September 2020 itu juga memaklumkan telah mambuka akaun Instagram untuk Wan Khair Amir.

Mira dan suami juga turut meluahkan rasa syukur apabila sudah pun selesai menjalankan ibadah tahnih dan bercukur untuk anak mereka yang dilahirkan pada 10 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: