01 May 2022

SITI NORDIANA TAK BOLEH KOMEN TINDAKAN SYURA SUDAH MAAFKANNYA



Baru-baru ini, penyanyi Syura Badron atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 35, ada mengeluarkan kenyataan dimana dia sudah memaafkan segala persengketaan di antaranya dan Siti Nordiana Alias, 37, walaupun berdepan tuntutan saman daripada penyanyi dan pelakon itu.


Berhubung tindakan Syura itu, Siti Nordiana atau mesar disapa Nana berkata, dia tidak boleh memberi komen. Pengurus Nana, Anas Osman berkata, kes saman dibuat belum lagi selesai dan untuk itu Nana dinasihatkan pihak peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya minta maaf bagi pihak Nana kerana buat masa sekarang dia sudah dinasihatkan peguam untuk tidak mengeluarkan sebarang komen terhadap pihak-pihak berkenaan," katanya menerusi kiriman WhatApps.

Untuk makluman, Syura bersama empat lagi rakannya iaitu penyanyi Lan Solo dan isterinya Nur Sheila, Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad berdepan tuntutan saman yang difailkan Nana sebanyak RM2.5 juta pada 3 Ogos tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam saman terbabit, Nana selaku plantif menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook 'live' serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. Kes saman fitnah membabitkan Nana dengan 'lima sekawan' itu juga bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura membuat pendedahan mengejut berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: