07 May 2022

SUSPEK DUA BERADIK DAH KENA CEKUP - JANNA NICK DIPERSOAL TAK TOLONG PENYAMPAI BERITA TV3



Umum sedia maklum mengenai kejadian yang menimpa penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan, 34, dimana dia cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek untuk melarikan diri.


Kejadian berkenaan berlaku pada 3.40 petang di Damansara Perdana itu menyebabkan Khairul Rizuan luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan. Khairul memarkir kereta jenis Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

Perkara itu tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi Janna Nick, yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera dashboard di akaun Instagram dan Tiktok miliknya.

Susulan kes tersebut, suspek yang merupakan dua beradik itu telah ditahan polis pada malam Jumaat bagi membantu siasatan. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Klik untuk gambar besar



Menerusi kenyataan kepada media, polis turut merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun itu termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek dalam jenayah berkenaan.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod penyalahgunaan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam bagi kes penyalahgunaan dadah dan sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah. Suspek wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Sementara itu, biarpun ramai yang memuji tindakan Janna, namun ada juga yang mempertikaikan kenapa aktres berkenaan tidak turun membantu pembaca berita berkenaan, selepas berkongsi video bagi menjejaki seorang lelaki yang diseret sebuah kereta ketika cuba mengejar penjenayah.


Kata pemilik akaun @ella.hering di Instagram, dia menyangka Janna bertindak turun daripada kenderaannya bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku terhadap penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan.

Enggan berdiam diri, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, menjelaskan dia tidak boleh melulu keluar daripada kereta tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Saya tidak boleh keluar dari kereta tanpa mengetahui keadaan sebenar. Saya juga memberi tumpuan untuk mendapatkan nombor plat kereta, itu satu-satunya peluang untuk menangkap penjenayah itu.



"Saya tidak menyiarkan video penuh. Sebaik video ini tamat, kami keluar dan berbincang dengan abang baju Melayu itu untuk bertanyakan apa yang berlaku dan adakah dia okey. Kami memberinya nombor plat kereta itu," ujar Janna.

Dalam pada itu, Khairul mengucapkan terima kasih kepada Janna kerana berjaya merakam detik cemas itu. Khairul berkata, video berkenaan sangat membantu pihak berkuasa bagi mengesan suspek. Selain itu, Khairul turut meluahkan hasrat untuk bertemu aktres tersebut jika berkesempatan.

"Kecederaan saya dah okay sikit. Hanya luka kecil. Terima kasih banyak-banyak kepada Jana Nick sebab video dia sangat membantu. Kalau nak temukan saya dengan Janna saya okey. Nak ucap terima kasih," tuturnya.

Dalam kejadian tersebut, Khairul memberitahu dia tidak mengalami kerugian besar melainkan cermin sisi yang pecah akibat perbuatan penjenayah: "Cermin kereta je pecah, tiada apa yang hilang sebab beg saya dia lempar keluar," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: