07 May 2022

BERAYA BERSAMA MADU - NETIZEN PUJI ZIZIE IZETTE, RAPAT MACAM ADIK-BERADIK



"Fyi, suami kami tak minat yg kurus2, taste dia yg comel2 mcm kami. 😄. Tgk riak wajah @bungmoktar yg kelihatan begitu ceria. Kaum Adam yg teringin mcm kami jgnlah cemburu ya. Kalau nak pg menuntut ilmu dgn panglima perang Sabah ni. 😂😂😂. #selokahariraya," tulis pelakon Datin Seri Zizie Izette menerusi laman Instagram (IG) miliknya dimana dia berkongsi video bersama madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin.


Menerusi kapsyen yang ditulis, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 43, menyatakan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak meminati wanita kurus. Dalam pada itu, Zizie berseloroh kepada kaum lelaki untuk menuntut tips daripada ahli politik terbabit sekiranya ingin berkahwin lebih daripada satu.

Perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan wargamaya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat keakraban Zizie bersama madunya. Ada juga segelintir netizen yang meminta pelakon drama 'Hero Seorang Cinderella' ini berkongsi petua menjaga rumah tangga.

Klik untuk gambar besar



"Bagusnya dah macam adik beradik." - "Boleh tak bila-bila kongsi apa tips datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga. Saja la nak tau..." - "Terbaik jaga hati." - "Bestnya keluarga ini. Moga terus dikurniakan kebahagiaan," anatara komen netizen.

Untuk makluman, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: