25 May 2022

"TAK TERASA ATAU KECIL HATI PUN" - RENGGO ARROW MAAFKAN, MINTA HENTI KRITIK NABILA RAZALI



Baru-baru ini, tular video di mana penyanyi Nabila Razali tidak dapat mengecam persembahan penyanyi kumpulan popular era 1990-an, Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia 5 (ICSYVMY 5).


Dalam episod itu, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli dipilih Nabila untuk disingkirkan sebelum diminta memperdengarkan suara sebenarnya. Renggo, 53, ketika dihubungi berkata, dia tidak berkecil hati apabila tidak dikenali.

"Penyanyi sekarang tak ambil tahu zaman kegemilangan lagu 80-90 an. Itu yang tak cam. Kalau yang betul-betul 'follow' band 90-an ni, dengar suara dah tahu. Biasalah zaman kita dah berlalu, ramai tak kenal dan cam.

"Begitu juga benda ini akan berulang-ulang suatu masa nanti. Tak semua orang ingat. Mungkin juga faktor pencahayaan malam itu, tekanan daripada pihak juri serta gemuruhnya lagi hingga dia susah nak fokus semua.

Klik untuk gambar besar



"Tak terasa atau kecil hati pun apabila Nabila Razali tidak kenal saya. Tak perlu terlalu beriya, sekadar nak berseronok untuk program itu. Setiap sesuatu pasti ada rahmat di sebaliknya. Maafkan semua orang jiwa pun akan tenang," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Renggo turut berharap peminat berhenti daripada terus mengkritik dan menyalahkan penyanyi lagu 'Peluang Kedua' itu dengan keputusan dibuat.

"Terlalu banyak kecaman diberikan kepada Nabila. Pada saya eloklah dihentikan. Mungkin manusia, kadang-kadang tak perasan. Lagi pun saya pakai topi, berjanggut, pakai cermin mata dan penampilan berbeza sangat.

"Jadi mungkin dia tak perasan, bukan dia sengaja pun. Tapi apa pun kita maafkan dia, kita beri ruang pada artis baharu untuk mereka melangkah sebab mereka pelapis untuk industri hiburan negara kita.


"Macam kami ini dah senja, tunggu masa saja di bawah. Jadi apa pun saya ucapkan terima kasih pada ICSYVMY 5 dan semua artis yang terbabit kerana walau apa pun terjadi kita dapat bersama pada malam itu, kita 'happy' dan layan saja.

"Harap sangat pada peminat maafkan Nabila, saya sudah lama maafkan dia. Mungkin dia tak perasan, nak buat macam mana. Dia pun macam pangkat anak saya, biarlah. Kita maafkan dia, kita sokong dia terus," katanya.

Sementara itu, Nabila pada program meminta maaf atas kekhilafannya kerana tidak mengecam Renggo: "Saya minta maaf bagi pihak mereka (juri) yang meyakinkan saya untuk singkirkan abang. Saya betul-betul minta maaf. Saya rasa itu kira kekhilafan saya sendiri. Saya nak minta maaf banyak-banyak.

"Tapi saya memang membesar dengan lagu-lagu abang. Mungkin sebab topi koboi tu bawah sangat, pakai cermin mata lagi. Saya pun tak perasan. Terima kasih kerana lagu abang menjadi siulan saya dari kecil sampai besar," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: