26 May 2022

UBAH GAYA BAJU, HORMAT USTAZ KAZIM ELIAS - NETIZEN PUJI ELLY MAZLEIN, DOA SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH



Semua sedia maklum mengenai keadaan Datuk Ustaz Kazim Elias dimana beliau terkena penyakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama. Baru-baru ini, pendakwah bebas itu hadir ke program MeleTOP bagi menjelaskan keadaan beliau selepas tular perkongsiannya terkena penyakit berkenaan.


Apa yang mengejutkan pengacara dan penonton program tersebut, Ustaz Kazim membuang makeup di muka serta menunjukan kesan penyakit yang dihidapi di kaki.

Turut menjadi perhatian ramai adalah penampilan pengacara, Elly Mazlein yang memakai busana berwarna merah dilihat menutup sekejap bahagian dadanya ketika menemubual Ustaz Kazim.

Video yang dikongsikan di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Elly atau lebih mesra di sapa Kak Lina Pom Pom yang dilihat menghormati situasi serta tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, rata-rata turut mendoakan agar pelakon dan pengacara itu diberikan hidayah untuk memakai pakaian yang lebih patuh syariah di masa hadapan.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: