26 May 2022

MUAT NAIK VIDEO MENARI DI TIKTOK - ANAK AZHAR SULAIMAN, LEONA DITEGUR PAKAI DRESS PENDEK KETAT



Nampaknya nama salah seorang anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi hangat dan perhatian ramai apabila memuat naik konten menari di TikTok bersama rakannya.


Apa yang menjadi bualan adalah penampilan Leona yang memakai dress pendek ketat berwarna merah jambu yang mendedahkan bahagian pehanya. Ditambah dengan gerak tari lincah gadis itu sudah tentu membuatkan mata netizen memerhati bahagian tertentu.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sedih dan mengucap panjang melihat penampilan anak pelakon berkenaan. Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang memberikan teguran kepada Leona agar tampil lebih sopan meskipun tidak menutup aurat sepenuhnya.

Anak gadis Azhar sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen. Terdahulu, Azhar menegaskan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak namun ada dikalangan anak-anak ada perangai mereka sendiri.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: