26 May 2022

"JANDA YANG PALING AKU NANTIKAN... WALAUPUN EX TETAP AKU SAYANG" - NETIZEN SOKONG, MINTA BEKAS KEKASIH SEGERA JADI PENGGANTI SHUK



"Janda yang paling ku nantikan. Ex paling gila, walaupun ex tetap aku sayang. Kita kawan balik sampai sampai kahwin ok?" itulah tulis seorang jejaka yang dipercayai milik bekas kekasih isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi video yang tular di aplikasi TikTok.


Menerusi perkongsian video yang dimuat naik akaun @aidi.qusairy memperlihatkan jejaka itu keluar bersama Sera. Beberapa kapsyen yang ditulis juga menggambarkan dia sudah lama menunggu cinta Sera dan sedia menjadi pengganti Shuk.

Bagaimanapun, sehingga kini masih lagi tiada kenyataan rasmi mengenai hubungan rumah tangga Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan Shuk.

Menjawab soalan seorang pengikut, jejaka berkenaan berkata, ramai yang meminati Sera namun semuanya ditolak: "Aku pun kena reject dari darjah 1 sampai hari ini," katanya.

Sementara itu, Sera turut meninggalkan komen LOL (laugh of laugh) pada video berkenaan. Rata-rata netizen memberi sokongan dan meminta jejaka tersebut meneruskan usaha memikat hati Sera.

Klik untuk gambar besar



"Bila suami tak tahu erti menghargai tapi ramai lagi yang menanti." - "Saya setuju tolong cepat sikit rampas tu." - "Dia dah la cantik selayaknya dapat lelaki yang menghargai dia," ujar beberapa netizen.

Video berkenaan menerima lebih 500,000 tontonan dan 300 komen di media sosial berkenaan. Sekadar info, Islam melarang seorang wanita bergelar isteri keluar bersama lelaki bukan mahram.

Pada 18 Mac lalu, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta sekali gus mengundang pelbagai persoalan tentang status rumah tangganya dengan Shuk.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.

Untuk makluman, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: