26 May 2022

SEDIH DIKUTUK GEMUK, PAHA BESAR - JANNA NICK AKUI PERNAH TERFIKIR JALANI PEMBEDAHAN BARIATRIK (POTONG PERUT)



Pelakon dan pengacara Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada meluahkan rasa sedih kerana menjadi mangsa body shaming di media sosial. Perkongsian Janna itu menjadi perhatian ramai.


Menerusi video itu, Janna berkata disebabkan kutukan netizen tersebut, dia mengakui terfikir untuk menjalani prosedur pembedahan bariatrik atau potong perut.

Tidak patah semangat dengan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya, Janna berazam untuk membuktikan dirinya boleh mendapatkan tubuh yang langsing.

"Hari ini aku sedih, selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar. Tapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus," ujarnya.

Dalam pada itu, Janna turut memberikan pesanan kepada pengikutnya supaya berhenti melakukan body shaming terhadap orang lain.

"Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang. Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain," katanya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: